Resepi Sup Ayam, Cara Mudah Dan Sedap , Anda Wajib Cuba

Resepi Sup Ayam

Hai semua pembaca setia blog Resepiayam.com, Kali ini admin akan kongsikan dengan anda Resepi Sup Ayam style cara mudah dan yang sangat senang di sediakan untuk keluarga dan anda sendiri.

Sup ayam antara penawar altenatif sebagai penawar untuk menurunkan suhu badan. Kalau ada anak-anak kecik yang tak sihat badan bolehla buat Resepi Sup Ayam ini.

Sup ayam juga dipercayai boleh meredakan batuk dan selsema dikala badan diserang demam. Sejak dulu lagi sup ayam memang ‘rapat’ dengan mereka yang tidak sihat terkena demam atau badan tidak sihat.

Ada yang suka menyediakan sup ini hanya sekadar meletak sup bunjut dan renehkan ayam, malah ada juga yang yang suka menambah serai atau halia kerana kedua-dua bahan ini mempunyai khasiat tersendiri.

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam potong 16
  • 1 labu bwg merah
  • 2 ulas bwg putih
  • 1 inci halia
  • sebatang kulit kayu manis
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 iji buah pelaga
  • 2 bj kentang
  • 1 btg lobak
  • 1 mangkuk air panas br masak
  • lada sulah, garam, ajinomoto dan stok ayam
  • daun sup, daun bawang & bawang goreng

Cara-cara:

  • Rempah2 direndam dalam air panas menggelegak,biarkan hingga air tersebut suam & toskan rempah2 tersebut. Air rendaman turut disimpan.
  • Bwg merah & bwg putih dikisar halus. Halia ditumbuk sedikit jgn sampai lumat. Lobak dipotong bulat2 anggaran 1.5cm & kentang dipotong 6
  • Panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik bau. Kemudian masukkan halia & rempah2 yang telah direndam. Tumis sebentar.
  • Masukkan ayam dan gaulkan supaya bercampur dengan rempah yg ditumis. Biarkan selama 10minit
  • Masukkan air rendaman rempah tadi beserta 1 mangkuk air lagi. Jika mahukan kuah sup lebih boleh tambah lagi semangkuk air.
  • Biar sup menggelegak,masukkan kentang dan lobak. Bila ayam dah empuk masukkan stok ayam, garam, aji & lada sulah. Adjust mengikut selera anda
  • Dah siap tutup api. Masukkan daun bawang,daun sup & bawang goreng, tutup rapat periuk selama 20minit supaya baunya meresap ke dalam sup. Sedia untuk dihidang

Sumber : FB My Resepi / Selamat Mencuba