Resepi Rendang Ayam , Cara Mudah Dan Sedap , Anda Wajib Cuba

Resepi Rendang Ayam

Hai semua pembaca setia blog Resepiayam.com, Kali ini admin akan kongsikan dengan anda Resepi Rendang Ayam style cara mudah dan yang sangat senang di sediakan untuk keluarga dan anda sendiri.

Hari Raya memang tak lengkap kalau tak ada rendang sebagai hidangan. Tapi, tak semua orang pandai buat rendang. Katanya leceh dan selalu tak menjadi.

Sebenarnya kalau tahu caranya, memasak rendah bukanlah susah sangat. Cuma mungkin banyak sikitlah bahan yang diperlukan. Tapi bahan-bahan ini amat mudah didapati di kedai atau pasaraya.

Jadi, apa kita kita cuba buat rendang sendiri untuk kali ini? Mesti seronok kalau dapat hidangkan air tangan sendiri nanti.

Walaupun ringkas, Resepi Rendang Ayam ini memang sedap dan rasa keaslian rendang warisan zaman berzaman. Mudah. Orang yang tak pernah memasak seumur hidup pun boleh cuba buat ikut resepi Ini.

Bahan-bahan :

  • 1 ekor ayam
  • 2 cawan santan
  • 2 sudu kerisik
  • 2 asam keping
  • 1 helai daun kunyit diracik halus
  • 3 helai daun limau purut di hiris kasar
  • minyak untuk menumis
  • garam & gula secukup rasa

Bahan-bahan dikisar :

  • 20 biji cili kering
  • 2 biji bawang besar
  • 4 biji bawang merah
  • 9 ulas bawang putih
  • 4 batang serai
  • 3 inci kunyit hidup
  • 3 inci halia
  • 3 inci lengkuas

Cara-cara :

  • Tumis bahan dikisar hingga naik bau dan pecah minyak.
  • Masukkan santan dan ayam. Gaul rata.
  • Masukkan kerisik dan kacau rata. Masukkan garam gula.
  • Bila kuah dah pekat, masukkan daun kunyit dan daun limau purut.
  • Gaul rata dan siap.

Resepi Rendang Ayam

Resepi Rendang Ayam

Resepi Rendang Ayam

Selamat Mencuba : Resepi Facebook