Resepi Nasi Ayam Viral , Cara Mudah Dan Sedap , Anda Wajib Cuba

Resepi Nasi Ayam

Hai semua pembaca setia blog Resepiayam.com, Kali ini admin akan kongsikan dengan anda Resepi Nasi Ayam style cara mudah dan yang sangat senang di sediakan untuk keluarga dan anda sendiri.

Resepi Nasi Ayam ini admin kongsikan dari resepi Puan Zue Zulin yang di share laman sosial Facebook yang telah mendapatkan 3k like dan sehingga 5k share buat semasa admin lihat ini. Resepi ini mesti padukan.

Resepi Nasi Ayam

Bahan-Bahan :

  • Resepi anggaran untuk 8 org makan
  • Ayam seekor dibelah 4
  • 1cm halia
  • 3ulas bawang putih
  • Seketul kiub ayam

Rebus ayam dlm air panas mendidih 7 hingga 8 minit.. Masukkan sup bunjut, bawang putih, halia dan kiub ayam.. Air rebusan ayam jgn buang nnt kita nak gunakan untuk nasi dan sup.

Angkat ayam kemudian sapukan :

  • Setengah cawan sos tiram
  • Suku cawan kicap lemak manis
  • 1 sudu makan minyak bijan
  • 2 sudu mkn madu

Bila da sapu semua, toskan ayam dlm tapis selama 1/2 jam bg ayam kering supaya masa menggoreng nanti minyak tak meletop dan kulit ayam cantik berkilat.Air perapan tadi jgn buang.. Nnt nak guna untuk kicap ayam.

Bahan2 Nasi :

  • Beras 3pot
  • 1biji bwg besar
  • 3ulas bwg putih
  • 1inci halia

Semua bahan dimayang halus

  • 1 ketul Kiub ayam
  • 1 sudu kecil garam

Cairkan 2 sudu butter (sy guna buttercup) Tumis bahan hirisan dgn daun pandan.. Time ni aromanya naik sampai jiran sebelah sekali boleh bau.

Masukkan kiub ayam.. Sedikit serbuk kunyit untuk bg warna kuning2 sikit (sy tak masukkan sbb suka warna asli)

Masukkan beras kacau sedikit dan biarkan sekejap, kemudian masukkan air rebusan ayam tadi.

Sukatan air mcm masak nasi biasa ukur pakai jari cuma sy lebihkan sedikit air.

Kuah Cili :

  • 10 tangkai cili merah (sy guna cili merah besar)
  • 5 tangkai cili kering
  • Sebiji tomato
  • 2 ulas bawang putih
  • Sedikit halia (sy tambah)
  • 1 sudu kecil cuka
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil gula
  • 1/2 cawan air

Blend cili merah, cili kering dengan tomato, halia dan bawang putih. Masak di dalam kuali. Masukkan gula dan garam.. Tambah sedikit air masak dengan api kecil sehingga likat.

Kicap ayam :

  • Gunakan air perapan ayam tadi.
  • Nak pekat tambahkan sedikit tepung jagung.

Sup kosong :

  • Gunakan air rebusan ayam tadi, tambahkan bawang goreng dan taburkan sedikit daun sup.. Siap!
  • Resepi ni sy buat untuk meniaga.
  • Doakan sy sekeluarga dimurahkan rezeki selalu ye.

Selamat mencuba – Resepiayam.com