Resepi Ayam Goreng Berempah, Cara Mudah Dan Sedap

Resepi Ayam Goreng Berempah

Kali ini resepiayam.com akan kongsikan dengan anda Resepi Ayam Goreng Berempah cara mudah dan sedap yang sangat senang di sediakan untuk keluarga dan anda sendiri.

Memang tidak boleh dinafikan selain dari Resepi Ayam Masak Merah, Ayam goreng ialah salah satu makanan paling digemari oleh ramai orang.

Bukan hanya kanak-kanak tetapi juga dewasa. Lagi-lagi resepi ayam goreng berempah. Ada pelbagai jenis ayam goreng bersalut tepung, ayam goreng kunyit, ayam goreng mamak dan bermacam lagi.

Tapi pernah tak anda terfikir, bagaimana ayam goreng di kedai mempunyai rasa sedap yang berlainan?Walaupun hidangan ini nampak senang, tetapi sebenarnya ada cara-cara tertentu untuk memasak ayam goreng yang rangup tapi penuh perisa.

Disini, kami ingin kongsikan resepi ayam goreng klasik kegemaran Malaysia iaitu Ayam goreng berempah.Ayam goreng berempah tidak disalut tepung tetapi ia diperap dalam campuran rempah yang pastinya akan mengusik deria rasa anda.

Sedap dan rangup, anda hanya memerlukan sepinggan nasi panas untuk dimakan bersama. Jom cuba Resepi Ayam Goreng Berempah dibawah ini:

Bahan-bahan :

  • 1 ekor ayam, dipotong 12 bahagian
  • 1 biji bawang putih
  • 3 bawang merah besar
  • 20g halia
  • 4 batang serai
  • 15g lengkuas
  • 2 batang daun kari, ambil daun sahaja
  • 2 sudu besar serbuk kari ayam atau daging
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar garam
  • 1 sudu besar lada hitam
  • Minyak masak, cukup untuk mengisi kuali kira-kira 3cm mendalam

Cara membuatnya:

1. Dalam pengisar, masukkan bawang putih, bawang merah, halia, serai dan lengkuas. Kisar semuanya sehingga halus. Jika perlu, tambah sedikit air untuk membantu proses pengadunan. Tuangkan campuran ke dalam mangkuk.

2. Masukkan daun kari, serbuk kari, serbuk pati ayam, gula, garam dan lada hitam ke dalam adunan. Kacau sehingga sebati.

3. Masukkan ayam ke dalam campuran dan salutkan ayam dengan sama rata. Tutup dan simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 2 jam atau, sebaik-baiknya, semalaman.

4. Panaskan minyak dalam kuali sehingga ia betul-betul panas dan bersedia untuk menggoreng, kira-kira 180°C hingga 200°C.

5. Berhati-hati bila memasukkan ayam ke dalam kuali dan jangan isi kuali dengan terlalu banyak ayam. Ayam boleh dimasak berkumpulan jika kuali anda tidak cukup besar.

6. Terbalikkan ayam setiap 4 hingga 5 minit untuk memastikan ayam dimasak dengan sama rata. Warnya kulit ayam yang sudah masak adalah perang keemasan gelap dan suhu dalaman harus di antara 66°C hingga 73°C. Ia akan mengambil kira-kira 15 hingga 20 minit untuk masak dengan betul, bergantung kepada saiz dan potongan ayam anda.

7. Rehatkan ayam goreng berempah yang dimasak di atas beberapa tuala kertas untuk mengeluarkan minyak lebihan sebelum dihidangkan.

Tips Tambahan Dari Chef :

1. Nak tambah lagi perisa ayam goreng berempah anda? Cuba gaulkan dan masak sekali dengan ketumbar, jintan manis, buah keras, dan asam jawa.

2. Pastikan kuali yang anda guna sesuai untuk menggoreng.

3. Anda juga boleh gunakan beg ziplock untuk perapan ayam. Ia mengambil kurang ruang di dalam peti sejuk berbanding mangkuk besar.

4. Tidak mempunyai termometer memasak? Anda juga boleh membuang sedikit perapan ke dalam minyak untuk pastikan jika minyak sudah sedia untuk menggoreng.

Berikut adalah cara untuk memastikan minyak telah sedia:

  • Minyak mula menggelegak sekitar perapan bermakna ia sesuai untuk menggoreng
  • Tiada apa yang berlaku bermakna minyak tidak cukup panas
  • Minyak mula berasap bermakna minyak adalah terlalu panas dan akan membakar ayam anda pula.

5. Tutup tangan anda dengan lengan panjang atau kain untuk melindungi dari percikkan minyak panas. Atau gunakan spatula atau penyepit yang panjang.

6. Untuk pastikan ayam anda masak sepenuhnya tanpa termometer memasak, pilih bahagian paling tebal ayam dan potong. Daging yang masak akan berwarna putih dan pejal, dengan jus ayam yang tidak berwarna. Jangan hidangkan ayam yang kurang masak.

Artikel ini telah disiarkan di butterkicap.com. Butterkicap adalah platfom dan komuniti yang menceritakan tentang makanan dan kebudayaan di Malaysia.