Resepi Ayam Buttermilk , Cara Mudah Dan Sedap , Anda Wajib Cuba

Resepi Ayam Buttermilk

Hai semua pembaca setia blog Resepiayam.com, Kali ini admin akan kongsikan dengan anda Resepi Ayam Buttermilk style cara mudah dan yang sangat senang di sediakan untuk keluarga dan anda sendiri.

Resepi Ayam Buttermilk sememangnya sungguh sedap dan enak dimakan serta digemari oleh kebanyakan orang. Rasanya yang tidak terlalu pedas, berlemak manis masin pasti membangkitkan selera serta aroma dari daun kari.

Untuk menu ini, ianya lebih sesuai sekiranya dimasak menggunakan isi ayam bahagian isi atau dada.

Isi ayam perlu digoreng terlebih dahulu bersama salutan tepung dan kemudian barulah dicampurkan ke dalam kuah buttermilk. Oleh itu, untuk resepi ini kita harus menggoreng terlebih dahulu isi ayamnya secara berasingan.

Bahan-bahan:

  • 2 ketul besar ayam, bahagian dada
  • 1/2 tin susu cair
  • 3 ulas bawang putih, hiris halus
  • 1/2 biji bawang besar holland atau bawang besar biasa, potong dadu
  • 4 sudu besar mentega
  • 2 tangkai daun kari
  • 4 biji cili padi

Bahan-bahan untuk tepung salutan ayam:

  • 2-3 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • 1 biji telur
  • Sedikit garam
  • Air secukupnya

Cara penyediaan ayam:

  • Potong dadu isi ayam, bersihkan dan toskan airnya.
  • Masukkan telur dan garam ke atas ayam dan gaulkan sebati.
  • Masukkan tepung, serbuk kari dan sedikit air. Kacau supaya tepung pekat dan menyaluti ayam. Perap selama 30 minit atau lebih.
  • Goreng ayam di dalam minyak panas sehingga garing.
  • Angkat dan ketepikan.

Cara penyediaan ayam buttermilk:

  • Dalam kuali, panaskan butter sehingga cair dan tumis bawang putih, cili dan daun kari sehingga naik bau.
  • Masukkan susu cair dan bawang besar. Kemudian masukkan ayam yang digoreng tadi.
  • Masak sehingga kuah sedikit pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

Tips:

  • Kalau tak mahu pedas, jangan masukkan cili.
  • Dan kalau anda mahu cara yang mudah dan cepat untuk penyediaan ayam goreng, boleh juga gunakan tepung goreng serbaguna yang sedia ada di pasaran.

Selamat Mencuba. KreditĀ  : Resepi ViralĀ