Resepi Ayam Bakar, Cara Mudah Dan Sedap , Anda Wajib Cuba

Resepi Ayam Bakar

Kali ini resepiayam.com akan kongsikan dengan anda Resepi Ayam Bakar cara mudah dan sedap yang sangat senang di sediakan untuk keluarga dan anda sendiri.

Hidangan ayam bakar sudah tidak asing lagi kepada mereka yang sedang diet. Pada posting kali ini, jom kita belajar dan cuba resepi ayam bakar diet yang simple, sedap dan sihat.

Makanan untuk diet sering dikaitkan dengan penggunaan bahan-bahan mentah yang mahal. Ini adalah salah satu andaian yang tidak betul.

Makanan untuk diet tidak seharusnya complicated dan menyusahkan. Cukup sekadar menggunakan bahan-bahan yang mudah dicari dan senang untuk dimasak.

Hidangan ayam bakar contohnya sangat mudah untuk disediakan. Kita hanya perlu lebih kreatif dan versatile untuk menjadikan hidangan tersebut kelihatan menarik dan sedap untuk dinikmati.

Bahan-bahan :

  • ½ kilogram dada ayam (Dibuang kulitnya)
  • 6 ulas bawang putih
  • 1/2 biji lemon
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • 1 sudu teh serbuk oregano (Optional)
  • 1 inci halia muda
  • Garam secukup rasa

Cara-cara Penyediaan :

  • Bersihkan dan kelar sedikit dada ayam. Pastikan kulitnya juga dibuang.
  • Tumbuk halus lada hitam, bawang putih dan halia.
  • Masuk dan gaulkan bahan-bahan yang telah ditumbuk bersama dada ayam.
  • Campurkan juga serbuk oregano, minyak zaitun, perahan jus lemon dan sedikit parutan kulit lemon bersama dada ayam.
  • Perasakan dengan sedikit garam dan seterusnya perap selama sekurang-kurangnya 30 minit.
  • Selesai diperap, boleh mula panaskan oven pada suhu 180 ke 200 darjah celcius dan gunakan api atas dan bawah.
  • Bakar sehingga dada ayam masak. Pastikan anda alihkan dada ayam dan siram dengan lebihan bahan perapan untuk mengelakkan dada ayam kering. Disarankan untuk ulang langkah ini beberapa kali sehingga ayam masak.

Resepi Ayam Bakar

Tips untuk Resepi Ayam Bakar Diet yang Sedap :

  1. Sepertimana yang kita sedia maklum, resepi untuk diet kebiasaanya kurang menggunakan sos atau bahan-bahan yang boleh meningkatkan kadar kalori.
  2. Jadi perasanya akan berkurang sedikit berbanding resepi ayam bakar yang biasa. Di sini ada beberapa tips menjadikan resepi ayam bakar diet yang lebih sedap.
  3. Perap dada ayam anda sekurang-kurangnya 30 minit. Lagi lama lagi bagus. Ketika memerap ayam, pastinya anda menggunakan bekas yang tertutup. Lagi bagus kalau gunakan plastik ziplock. Dekat Mr DIY pun ada dijual dengan harga yang murah.
  4. Dada ayam adalah bahagian ayam yang paling kering. Jadi, jangan overcook dada ayam. Masa memasak yang terlalu lama akan menyebabkan dada ayam anda kering dan kurang perasa.

Resepi Ayam Bakar

  1. Ketika memanggang ayam, anda harus rajin menyiram atau menyapu bahan perapan di atas ayam untuk menggelakkan ayam menjadi kering. Selain itu, proses ini juga akan menguatkan lagi perasa ayam bakar anda.
  2. Kalau nak lagi sedap, boleh panggang ayam menggunakan kayu arang. Rasa hangit-hangit kayu arang akan menjadikan ayam bakar anda berganda-ganda kesedapannya.
  3. Jika mahu ayam bakar anda kelihatan lebih cantik dan menawan, panggang dada ayam di atas besi grill atau pan yang mempunyai seperti garisan grill. Kesan grill ini akan pastinya akan menjadikan ayam bakar anda kelihatan lebih menarik dan menyelerakan.

Sumber: Resepiayam.com / Cariblogger.com