Ayam Masak Merah Mudah Dan Sedap

Ayam Masak Merah

Ayam Masak Merah adalah salah satu menu yang boleh di katakan menjadi kesukaan pelbagai golongan rakyat Malaysia kita. Selalunya kanak-kanak amat suka masakan menu Ayam Masak Merah ini dan para ibu mesti wajib ada dalam list masakan mereka .

Selalunya kita boleh jumpa Ayam Masak Merah ini di kedai-kedai Makan jual nasi lauk campur seluruh kawasan dalam Malaysia dan juga semestinya menjadi menu yang wajib ada dekat majlis-majlis kenduri kahwin dan juga majlis-majlis penting seluruh tempat.

Kali ini resepiayam.com akan kongsikan dengan anda Resepi Ayam Masak Merah Mudah Dan Sedap yang sangat mudah di sediakan untuk keluarga dan anda sendiri.

Namun admin nak kongsi sikit cara-cara bagaimana kita nak dapat bekalan daging ayam yang berkualiti. Jom kita lihat beberapa ciri-ciri yang wajib ada seperti di bawah ini.

  • Pastikan anda beli ayam dari kedai penjual yang di lihat bersih.
  • Pastikan anda lihat dan pilih ayam yang masih lagi nampak segar.
  • Pastikan anda beli ayam bila perlu sahaja, bukan beli simpan lama-lama.

Semua perkara di atas ini penting untuk memastikan anda dapat bekalan ayam yang berkualiti bersih dan segar. Bila semua bekalan ok barulah masakan Ayam Masak Merah anda sedap dan rasa Ummmm.

Resepi Ayam Masak Merah Mudah Dan Sedap

Bahan-Bahan Yang Di Perlukan :

  • 7 ketul ayam  yang sudah di potong mengikut cita rasa anda.
  • 2 sudu besar cili yang di kisar dan di tambah kurang ikut cita rasa anda.
  • 1 biji bawang besar yang sudah ditumbuk nampak ok.
  • 3 ulas bawang putih yang sudah ditumbuk nampak ok.
  • 1 inci halia yang sudah ditumbuk nampak ok.
  • Sebiji tomato yang dilenyek hingga nampak ok.
  • 2 sudu besar sos tomato dan di tambah kurang ikut cita rasa anda.
  • 2 sudu besar sos cili dan di tambah kurang ikut cita rasa anda.
  • Garam dan gula merah secukup rasa dan di tambah kurang ikut cita rasa anda.
  • 1/2 biji bawang besar yang dihiris bulat sehingga nampak ok.
  • Sedikit daun ketumbar digaul dan di tambah kurang ikut cita rasa anda.
  • Air secukupnya untuk kuah dan di tambah kurang ikut cita rasa anda.

Cara menyediakannya:

  •  Goreng ayam sampai nampak separuh masak, Lepas itu ketepikan setelah siap.
  •  Tumis bawang besar, bawang putih dan halia yang sudah ditumbuk sehingga bau harum.
  • Masukkan cili kisar tadi. Tumis sehingga pecah minyak bau wangi. Masukkan gula merah dan garam secukup rasa.
  •  Kemudian masukkan sos tomato, sos cili dan tomato yang dilenyek. Kacau sehingga rata dan masukkan air secukupnya.
  • Masukkan ayam yang di goreng tadi dan gaulkan sehingga ramuan sebati dengan ayam.
  • Masukkan bawang besar yang dihiris bulat (ring), gaul sehingga sedikit layu. Kemudian masukkan sedikit daun ketumbar, gaul manja.
  •  Siap dihidangkan.

Resepi Ayam Masak Merah Mudah Dan Sedap sudah siap disediakan dan anda bolehla cuba resepi ini ok. Selamat mencuba dan kalau anda suka bolehla like komen dan share untuk orang tersayang ok.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*